Thursday, 4 February 2021

Bunga PETUNIA..bunga hiasan gantung

 Bunga petunia adalah bunga hiasan gantung berjurai, asal daripada Amerika Selatan yang mempunyai pelbagai jenis variasi dan pelbagai warna.. cik fara jatuh hati dengan pokok petunia ini kerana tanaman bunga ini tak berhenti berbunga hingga sepanjang hayat dia. Tapi sayangnya jangka hayat Petunia ni hanya satu tahun kalau pandai jaga boleh hidup dalam 2 tahun saja.  

Petunia ini boleh dibiakkan dengan benih atau keratan batang.. cik fara dah benihkan anak bunga ini pakai keratan batang tua..tapi sangat perlukan penjagaan rapi. Petunia ni suka dengan matahari tapi kene berteduh sebab bunga petunia jenis cik fara bela manja sikit.. 

Perlukan air 2 kali sehari jika hujan hanya memadai sekali sahaja, hanya gunakan baja tinja binatang, dan perlu selalu rajin utuk buang bunga yang layu dan kerat batang yang reput..ok jom tengok pokok bunga Petunia cik fara..











bunga Petunia ni suka berbidai matahari tapi bila panas die akan letih jugak, jadi kalau nak bela bunga ni kene rajin2 siram, kene buang bunga yang dah mati serta yang penting jaga-jaga dengan kutu putih yang suka sangat duduk kat petunia. Guna spray anti hama banyak dijual di kebun bunga.. kalau nak tahu anak2 petunia ni mana nak beli.. Beli je kat kebun bunga belakang hospital Sg buloh dekat dengan tempat kusta...ok sekian cayang-cayang..

Wednesday, 3 February 2021

HANTARAN BABY BLUE WITH ORKID


Hantaran untuk Bertunang..

Mudah tak perlu serabut.. cik fara tunjukan idea utuk korang yang nak bertunang nak buat konsep simple tapi elegan.

Hantaran ini mengunakan rona lembut di samping di serikan dengan bunga Orkid . Hantaran ini hanya menggunakan base kabus  tebal 4inci yang  berukuran 12 x 12 , dibalut dengan kertas bunga tebal, reben 2 color, dan dihias dengan bunga 3 bulan putih lembut campur baby blue. Orkid menjadi base utama dan diserlahkan dengan manik serta bunga tambahan kecil.. ok jom tengok










 Atas ni semua contoh yang tepak hantaran cik fara belum bubuh baarang lagi.. after this cik fara tunjukkkan yang dah siap letak barang .. yang kotak lut sinar tu tempat letak kek yang pelanggan cik fara minta untuk nampak isi dalam .. kotak tu ada kat kedai bakery saiz 12 x 10









ok gegirl..kalau nak tempah cik fara pm Arabellazakaria dalam instagram.. sekian


Monday, 18 May 2020

Hantaran Nikah Soft Color 2020

Tempahan untuk hantaran ini bertemakan warna sofft color dan garden, jadi cik fara dah lame x update sebab bz, so jom tengok idea hantaran ala garden. Warna yang cik fara gunakan hanya 3 color, terang, soft dan sedikit gelap. Untuk menghasilkan hantaran sudut  susunan untuk menghias bunga penting, ini yang akan mengpengaruhi hasil akhir dan letak barang. Hantaran ni ala gegirl sikit daripada pihak lelaki kepada wanita..


1) Bunga Sirih Junjung
-Rose merah hati
-span bunga
-Daun sirih fake
-bunga kucup putih
-kotak kayu putih



                                       



2)Minyak Wangi set
-Bunga Rose
-bunga kecubung
-Bunga poni
-bekas kotak baldu hitam
-reben dan manik







3) Set beg tangan dengan kasut
- reben besar 
-bunga rose
-bunga poni
-span utuk alas beg 2 inci







4) kain pasang
-Reben besar
-warping balut
-span 1 inci
-bunga poni dan bunga rose





5) Sejadah
-wayar hijau
-reben besar
-Bunga dan span




6) Tempat cicin
-Bunga poni,rose,kecubung pink
-daun rumpai kuning
-kotak hiasan
-span bunga 3 inci
-wayar
-jarum peniti






7) Telekung
-Reben lining jarang
-Reben putih, gold
-jarum peniti
-bunga poni dan rose




8) Makanan baulu  dan kuih dan kek
-kotak 12 x 12
-bunga
-reben
-gabus









jadi semuanya x terkira ada la dalam 14 dulang hantaran last minit pemberian pun ada, bayangkan last minit..alhamdulillah bole siap

Last sekali bakul buah yang x sempat cik fara nk ambil gambar .. terus dibawa pergi hihi
apa pun korang bole buat sendiri berdasarkan gubahan cik fara buat.. sekiranya ingin tempah sila pm instagram arabella zakaria..





Thursday, 27 June 2019

Telur bungkus mayonis


telur bungkus yang dah siap
Bahan -bahan  A

3 Biji telur
1 sudu tepung       jagung
 =kacau serata

Bahan -bahan  B

500 grm dada ayam 
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih   = blender
1 setegah sudu besar lada putih
sedikit garam
4 sudu mayonis 
2 sudu besar sos cili magie
 sedikit carrot 
 lada besar
 daun sup 
= potong halus 

Bahan-bahan C 
1 biji temato 
1 batang timun jepun 
= potong dadu 




BAHAN B

BAHAN C
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak sedikit, masukkan bawang yang di kisar, kacau pecah minyak
2. Masukkan dada ayam, carrot, lada, daun sup,sos, mayonis, garam kacau hingga masak
3. masukkan last temato dan timun kacau lagi, masukkan sedikit lagi mayo, rasa garam, siap
4 Pukul telur dengan tepung, panaskan minyak ratakan senipis yg mungkin telur, masukkan lauk diatas ditengah bungkus, letak pinggan bulat ditengah dan terbalikkan kuali berhati2..sedia dihidang.

Bunga PETUNIA..bunga hiasan gantung

 Bunga petunia adalah bunga hiasan gantung berjurai, asal daripada Amerika Selatan yang mempunyai pelbagai jenis variasi dan pelbagai warna....