Thursday, 27 June 2019

Telur bungkus mayonis


telur bungkus yang dah siap
Bahan -bahan  A

3 Biji telur
1 sudu tepung       jagung
 =kacau serata

Bahan -bahan  B

500 grm dada ayam 
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih   = blender
1 setegah sudu besar lada putih
sedikit garam
4 sudu mayonis 
2 sudu besar sos cili magie
 sedikit carrot 
 lada besar
 daun sup 
= potong halus 

Bahan-bahan C 
1 biji temato 
1 batang timun jepun 
= potong dadu 




BAHAN B

BAHAN C
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak sedikit, masukkan bawang yang di kisar, kacau pecah minyak
2. Masukkan dada ayam, carrot, lada, daun sup,sos, mayonis, garam kacau hingga masak
3. masukkan last temato dan timun kacau lagi, masukkan sedikit lagi mayo, rasa garam, siap
4 Pukul telur dengan tepung, panaskan minyak ratakan senipis yg mungkin telur, masukkan lauk diatas ditengah bungkus, letak pinggan bulat ditengah dan terbalikkan kuali berhati2..sedia dihidang.

Resepi Mee Goreng Mamak simple...





MEE GORENG MAMAK..

Bahan-bahanA- Kisar semua:

1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering
3 sudu  besar sos cili
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
1 Sudu kecil garam
kicap mee hitam 1 sudu besar

Bahan B-
2 biji telur
1 Bungkus mee kuning
2 ketul tahu kering potong cincang
sedikit isi dada ayam atau udang
1 biji temato, 1 biji bawang potong halus
sayur sawi.

Cara memasak:
1. Panaskna minyak sediki, masukkan bahan A yang dikisar, masak hingga pecah minyak..
2. Masukkan tahu kering, isi ayam,sayur sawi, masakkan seketika dan masukkan 1 biji telur dulu       tambah minyak sikit dan kacau..
3. Masukkan mee kuning yg sudah dibasuh, temato, kicap sedikit,, bawang dan sedikt air,         pecahkan telur biar seketika dan kacau semuanya hingga masak..tabur bawang goreng siap..



Thursday, 13 June 2019

Tips! Bila Bercinta dengan Lelaki Kerjaya

Tips bercinta dengan lelaki yang BERKERJAYA

1) Hormati Masa mereka
Ikutkan pengalaman sendiri, mereka banyak menghabiskan masa mereka 80% peratus dengan kerja, meeting, document, customer membuatkan mereka sibuk seharian, jadi hormati masa mereka jangan la duk sibuk mesej setiap masa, mereka rimas perlukan waktu nak siapkan kerja, sterss lagi.. waktu paling feksibel nak bertanya kabar waktu sebelum mula kerja, waktu breaks lunch mereka.. kalau korang hormat waktu mereka bekerja dah tentu mereka hargai korang sebagai wanita yang memahami..

2)Belajar berdikari
Memang kene belajar berdikari, jangan harapkan mereka untuk melakukan semuanya untuk awak, contoh nak beli tiket wayang.. awak beli la dulu tiket wayang tu sebelum si buah hati datang..jangan harapkan semuanya terletak pada si dia.. Bab duit tu compom die ganti balik la..siap bunga hahah..

3)Jadi pendengar bukan pengkritik
Ada masa lelaki berkerjaya ni mood die bercakap je.. maybe stress dengan kerja..kita sebagai buah hati tadah je dengar, kalau die minta pendapat cuba berikan pandangan bernas jangan sesekali menghukum dan mempertikaikan sebab die sebenarnya nak seseorag dengar luahan hati die. Nanti time kita die mesti buat mcm tu haha.. keluar bisa kat telinga..

4) Tak perlu cantik tapi wajib kemas
Walaupun awak biasa sahaja, kalau kemas mesti cantik pada pandangan si dia, pakai la minyak wangi, makeup sikit, kemaskan tudung, simple dress, high heels and go..yakin pada kecantikan diri mesti terselah cukup dengan kemas dan akhlak yang baik..pasti mengoda..

5)Dont hipokrik, jadilah diri sendiri
Jadi diri sendiri, kalau bende yang awak sendiri tak tahu, x selesa dan baru bagi awak ketika diajak ke makan malam di restoran mewah ..sila la jujur.. si dia akan faham..kalau dia ajak kawan sekali pun..Berani belajar benda baru pasti si dia akan tolong ajarkan..lelaki yang sayang akan hargai awak seadanya..

Bunga PETUNIA..bunga hiasan gantung

 Bunga petunia adalah bunga hiasan gantung berjurai, asal daripada Amerika Selatan yang mempunyai pelbagai jenis variasi dan pelbagai warna....