Assalamualaikum you all, entri kali i menyimpang 360 darjah pulak, saje duk tengok trivago.com nak tengok hotel, bandingkan harga..nak bercuti bulan empat ni duk tengok-tengok tetiba nampak resort yang meninggalkan seribu tanda tanya dalam hati cik fara dengan family.. Atas sebab tu hati ni terpangil nak share pengalaman cik fara ni.
Cik fara bercuti dengan family masa tahun 2017, asalnya resort lain yang ditempah sampai kat sana khabar indah daripada rupa.. mula masuk nampak nape kawasan ni agak sunyi...kata ada water park sekali datang sistem perpaipan tengah bela yang ada kawasan kontang..kolam pun kering la jugak jadi nak bawa anak buah pun x syok,lepas tu pantai agak jauh. Sampai sana agak lewat dalam kul 2.00 petang. Abang ipar agak kecewa sebab tujuan die nak main air dengan anak die..yang bagusnya pihak resort tak bagi tahu awal. Last bila dah bincang dengan pihak atasan kiteorg nak duit balik...batalkan booking. Kak long mula la proses mencari resort janji ok dekat dan murah memandangkan masa tu hari sabtu.. dah petang kebanyakkan resort penuh book.. entah memang ditakdirkan muncul nama resort ni....dot dot.... x mau sebut..Dalam 20 minit akhirnya sampai, tempat agak tersorok belakang deretan bagunan kedai..sampai sana nampak resort agak berusia bahagian depan banyak lot seakan apartmen..sebelah belakang nampak baru sikit, penghuni pun ada la sikit.. kami daftar nama kat guard..masa nak masuk bahgian penyambut tetamu banyak deretan kereta yang di tinggalkan usang di bawah parking yang cik fikir ada num reserve diseberang jalan, kelihatan berhabuk dan tidak berusik..tengok kawasan keliling agak kemas ,cantik dan luas tapi sayang tersorok dan sunyi...nampak kawasan ni pernah dihuni oleh orang yang berkemampuan dari segi kereta yang ditinggalkan.. rate harga untuk dua malam boleh tahan 250 keatas..
Dalam pukul 3.00 petang..akhir kami dapat apartment yang dinantikan. Cik fara satu family dapat tingkat dua paling tepi menghadap kolam, abang long dapat tingkat tujuh, jadi jarak kami jauh kerana package apartment berlainan..masa masuk laluan resort tu keadaan agak sunyi cume ada kami sekeluarga je naik, cik fara ingat apartment tu num 211. Bila berjalan dilaluan koridor derapan kaki cik fara dengan adik je dengar maklum la laluan tu bergema dan agak pencahayaan agak malap kerana tiada lampu dipasang, bila lalu depan setiap bilik, cik fara tengok semuanya selipar yang tak pernah disentuh berabuk tinggal di rak setiap depan pintu, malah pintu grill apartment tu pun ade sarang labah-labah..masa tu hati mula tak sedap..tapi buat tak layan je sebab dah penat..Adik bongsu main cakap je..."sunyi kat sini angah kite xde jiran ke.." cik fara bidas balik.." mana ada mybe diorang kat luar kot malam nanti ada la tu orang, tapi adik cik fara kak naz diam je selalunye die paling bising. Sampai kat depan pintu paling kiri hujung depan koridor nampak daun-daun kering kat depan pintu dengan pagar rak kasut..cik fara macam biasa baca apa yang patut ayat kursi. Cik fara buka pintu apartment tu, tersegam rumah yang luas dan cantik..tapi...masa cik fara mula-mula masuk cik fara bau sesuatu yang hancing dan busuk di ruang tamu rumah..masa tu buat tak tahu cik fara terjah semua bilik apartment ni kemas cume ada habuk sikit...kat peralatan dapur ..masa masuk jenguk dalam bilik hujung badan tiba-tiba meremang..dalam hati Allahurabbi..
Kami bersihkan semuanya tempat tu(malas nak merungut bersyukur dengan apa yang ada), ayah pindahkan tikar yang kelihatana agak lembab kat ruang tamu tepi koridordi luar kemudian buka tingkap. kipas dan on aircon bagi udara busuk tu keluar..masing-masing rehat bersihkan diri. Petang tu satu family keluar pi Tanjung Tuan dan Pantai Teluk Kemang..balik tu terjun kolam renang kat resort tu sampai mahgrib. Rupanya apartment kami di bahagian tepi dan paling berusia kalau diikutkan warna cat bagunan ni..resort ni terlalu banyak unit dan tinggi jadi tak hiran la kalau satu aras tingkat tak berpenghuni. Bahagian belakang tempat kolam mandi kelihatan kapal layar peribadi yang diletakkan dikawasan tepi muara dan view mahgrib menghadap kawasan tersebut masyallah cantik sangat.
![]() |
cantik kawasan kolam resort ni, semua apartment menghadap pool ni.. |
Lepas mahgrib tu keluar gi Teluk Kemang balik sebab mak su dengan pok su buat berbeku kat pantai, cik fara dengan adik memang excited sangat tapi along tak dapat datang memandangkan dia ade baby yang hadir cume abang long dengan anak buah yang sulung. Balik dah lewat dalam pukul 11.00 kat resort..malam tu parking my baby kat depan resort, masa lalu kat laluan koridor, adik cik perasan ada satu pintu betul-betul bertentangan dengan appartment kami ada tanda cross tape kuning... cik fara masa tu dah masuk dulu sebab pegang kunci appatment. Lepas dah solat isyak cik fara dengan adik bongsu nak lepak bilik sebelah, iaitu bilik belakang sekali yang ada single katil,so yang duduk kak naz..tengok keadaan bilik tu lampu suram sangat..kat situ ada satu tingkap berdepan dengan katil besi yang beralaskan dengan cadar nipis, langsir yang lusuh dan koyak, ada sejadah serta cermin bulat yang tak berlap.Tak ada aircon ade kipas gantung tepi bukan syiling.. Ada perasaan tak suka dengan bilik tu,rasa sesak seolah rasa diperhatikan macam ada orang lain sekali ada kat situ.Asalnya mugkin perasaan cik fara je kot, so cik fara buat tak tahu, saje je cik fara nak tanya adik "naz ko selesa x dengan bilik ni, terus terang angah x selesa daripada mula masuk tadi'..lame adik cik fara diam" dia merasa pekara yang sama..angah aku memang x suka bilik ni rasa semacam" berderu darah cik fara dengar.. meremang dan sejuk petang tadi datang daripada belakang badan tiba-tiba..tapi sebagai kakak cik just stay buat tak tahu...adik bongsu mula la duduk rapat dengan cik fara..malam tu adik cik fara naz tido sebilik sebab kami takut punya pasal.. masa lalu ambik air dalam 1 pagi kat dapur pun rasa diperhatikan..entah la cepat-cepat cik fara tutup pintu bilik tu serta tandas yang bertentangan bilik..malam tu masing-masing tak boleh tido...alhamdulilah nasib baik tak kene kacau sebab amalkan bacaan ayat kursi, tiga kul dengan doa sebelum tido..
Cik fara bangun sembahyang subuh awal sebab tido2 ayam je..masa tu semua tak bagun lagi..cik fara solat kat bilik tu menghadap kiblat ke arah tingkap, masa nak bagun sujud terasa ada orang kat belakang, meremang satu badan...masa tu tak kusyuk pun solat..bayangkan la kalau korang macam tu.. rasa macam nak pandang belakangkan..aduhai..masa nak keluar tutup suis lampu tu nampak sekilas benda hitam kat dinding, masa tu cepat2 la cik fara on balik suis lampu tu...tak nak fikir panjang cik fara biarkan je lampu tu menyala lalu keluar daripada situ..Keesokkan harinya masa balik ibu tanya kenapa tidur sebilik ..kite orang cerita hal sebenar masa dalam perjalanan balik ke rumah..rupanya bukan cik fara yang kene kacau adik pun same..bila bongkar balik diorang malam tu ada keluar kejap nak hantar makanan untuk along kat tingkat 7, malam tu cik fara tak ikut yang ada adik bongsu teman berdua dengan naz, masa lalu kat sana aras along lagi teruk dia sorang je kat aras tingkat tujuh tu..lampu kat koridor malap..masing2 laju je jalan lepas keluar daripada lif, masa nak balik naz dengar suara orang lelaki ketawa kuat sedangkan kat aras tu x de orang..adik bongsu laju je jalan masuk lif sebab takut...itulah pengalaman cik fara first time berdepan situasi ni.
Pengajaran kami mahkluk ALLAH yang tidak nyata dipandangan mata ni ada disekeliling kita jadi bila masuk dalam rumah ke, hotel ke mana-mana tempat bacalah doa pelindung...sebelum nak vacation tu kene cari plan B, kalau ada yang tak kene dengan rancangan asal, kite dah tau mana nak pergi, so jangan nak main redah je. Cik fara ada juga cari tentang pengalaman orang yang duduk kat resort ni..memang ada pun kisah-kisah mereka..tapi cik fara tak serik nak bercuti kat sini sebab tempat ni cantik..

No comments:
Post a Comment