Tuesday, 23 October 2018

Resepi Nasi Ayam Goreng

Hujung minggu biasanya semua ahli family ada dirumahkan jadi selalunya  cik rose akan masak menu yg special sikit tapi dalam masa yang sama cik rose akan pastikan semua segera , siap cepat serta sedap...
Okey jom tengok resepi yang mudah ni




NASI AYAM GORENG  (makan 6-8 orang)

  • 2 cawan beras -utk 2 pot (basuh bersih/ tos kering)
  • Seekor Ayam- ( potong 15 bhgian)
  • Air rebusan ayam 6 cawan - (didihkan 10 minit masukkan ayam 5 ketul)
Bahan untuk nasi ayam:
  • Bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji, halia 1.5, daun pandan 2 helai -(blender kasar)
  • Planta 4 sudu besar
  • 1 cuib ayam nor
  • Serai 3 batang -(titikkan)
  • Air rebusan 3 cawan bersama seketul ayam rebus yg dipotong kecil
  • Pewarna kuning 2 titik
  • Garam serta ajinamoto
Cara: 
-Cairkan planta dengan api sederhana,terus masukkan serai yang dititik serta daun pandan, 
-Masukkan bahan yang diblender, masak hingga sedikit perang, masukkan cuib ayam, garam dan ajinamoto,masukkan air rebusan serta ayam rebus ,pewarna kuning kacau sebentar dan tutup api.
-Masukkan beras dalam rice cooker,serta kuah tadi, kemudian masakkan.
-Selepas 35 minit, kacau pelahan, sekiranya nasi masih nampak mentah, masukkn air panas setegah cawan dan kacau lembut, kemudian masakkan sehingga kering.

Bahan Untuk Sup:

  • Bawang merah 2 biji, bawang putih 4 biji, halia 1 inci- (potong halus)
  • Daun bawang dan daun sup -(basuh bersih dan potong)
  • Daun bawang goreng 2 sudu besar/batang saderi
  • Garam dan sedikit kuib ayam 
  • Air Rebusan ayam 
Cara:
-Panaskan minyak, masukkan bahan yang dipotong, masak hingga garing dan masukkan garam,serta kuib
-Masukkan  air rebusan kacau sebentar, kemudian masukkan daun bawang serta bawang goreng.

Bahan untuk Sos cili:

  • 6 biji cili masak merah
  • 6 sudu sos cili life
  • 3 sudu besar gula
  • 2 biji cili api
  • 2 sudu sos temato
  • 4 sudu gula perang
  • sedikit garam
  • 2 sudu kecil tepung jagung (bancuh air 6 susu besar)
  • 1 cawan air
Cara:
-Blender semua bahan diatas termasuk air, kecuali tepung jagung.
-Masakkan atas api yang sederhana tanpa minyak ye, masak dalam 15-20 minute dan rasa kemudian tambah gula atau sos sekiranya mahukan rasanya lebih manis atau pedas, kuah akan nampak berkilat serta tidak mempunyai buih yang banyak, itu adalah tanda sosnya sudah masak, kemudian masukkan tepung jagung kacau sebentar. Sos ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sehingga 3 minggu.


Bahan sayur:
  • Salat, mak tam, timun, serta temato


Bahan ayam goreng:

  • Tepung Bestari jenis pedas, 3 sudu
  • Tepung bestari untuk sadur 1 mangkuk kecil
  • 1 biji telur
  • sedikit air
  • Tepung gandum 1 sudu
Rempah perap ayam:
  • 1 sudu kecil rempah kari
  • 3 biji bawang putih- blender
  • garam, serbuk sedikit lada putih 
cara:
-Masukkan rempah ayam termasukklah ayam baki yang direbus serta lebihan ayam tadi, perap selama 10 minit, kemudian masukkan tepung bestari 3 sudu, sebiji telur, air sedikit serta tepung gandum gaul rata. 
-Kemudian, Ambil ayam dan sadur pada tepung bestari dalam mangkuk kecil tadi tekan dengan cermat kemudian, panaskan minyak dengan api sederhana, setelah kuali panas kemudian goreng dengan api kecil dalam 10 minit hingga masak

SELAMAT MENCUBA!

Monday, 22 October 2018

Tips! Apa Yang Perlu ada bila UMUR capai 30 Siri

Assalamualaikum..to all views

Cik Rose lahir tahun 1990 rasanya akan datang era memasuki angka 30an dah tidak lama.. Korang yang gegirl mesti riasu kan apa yang perlukan dilakukan kalau masih single macam cik rose ni..
Okey jom semak apa persedian korang nak masuk umur 30an ini..

Jaga kecantikan kulit
Kecantikan wajah amat penting kerana muka adalah aset yang menjadi kayu ukur tanggapan orang terhadap kita. Moisturizer especially mesti dijaga sebab kulit pada umur begini akan mudah kering serta kekusaman menjadi gelap. Jika dibiarkan kering dahi dan tepi mata akan mudah timbul garis-garis halus yang membuatkan wajah kita kelihatan lebih tua daripada umur.

Cara atasi:
a-Guna satu set produk yang bersesuian dengan muka anda, macam cik rose guna set wajah NANO WHITE yang bagus utntuk kulit kering serta berminyak. Ada 3 step yang penting: pencuci muka, toner untuk kecilkan liang popuri,serta pelembab utuk kulit...kalau pakai sekali serum muka lagi bagus.

b- Lepas make up tolong pastikan cuci dengan penanggal make up, sebab apa kalau terus guna pencuci muka..ia masih tinggalkan sisa makeup dalam popuri kulit then lepas tu muka senang naik jerawat.. Cik rose gune  jenama GARNIER- micellar cleanssing water bagus sebab apa sesuai utuk kulit sensetif, dan penanggal makeup yang efektif sekali sapu makeup terus tanggal tanpa perlu tonyoh berkali-kali dgn kuat..yang penting ia tidak membuatkan kulit kita menjadi kering..

c-Jika berkemampuan amalkan makan vitamin C dan E yang mampu memelihara kulit daripada kusam menjadi sihat dan akhir sekali jangan lupe guna pelindung matahari jika keluar waktu terik..

Mulai menabung dan melabur
Masa ini lah mula menabung sikit-sikit sebab apa kite yang single ni masih tiada komitmen. Menabung dan melabur untuk masa akan datang  perlu utuk kegunaan  kecemasan, perkhawinan, serta keperluan yang lain.

Caranya:
a- Menabung dengan sebulan RM 300 ikut lebihan pendapatan yang  korang mampu, kalau kali dengan 12 bulan berapa korang boleh simpan kan..daripada korang beli beg tangan, kasut sampai beratus baik simpan nampak hasilnyakan..

b-Okey bab melabur ni korang rasanya dah boleh main ASB kan kalau kali dengan deviden berapa korang boleh kumpul secara tak langsung ia menjana simpanan korang, kalau simpan dengan Tabung Haji lagi bagus..

Selesaikan Hutang 
Hutang wajib yang kene selesaikan dulu ialah hutang belajar sebab bila hutang wajib anda bayar untuk kegunaan orang lain. Cik rose masih mencuba selesaikan hutang belajar sebab nanti senang komitment untuk buat loan lain,  tanggungan tak membebankan jadi loan mudah nak lulus. 

Cadangan:
a-Jadi kalau nak cepat  bayar habis buat bayaran lebih pada bulanan pinjaman korang. 

b-kalau ada KWSP yang dah cukup langsamkan je dapat disccount lagi..jadi kurang expenses bulanan.

Mula menjana pendapatan sampingan
Rasanya nak cari duit lebih bagi pendapatan sampingan adalah satu keputusan yang bijak sebab job ni satu alternatif untuk melatih korang menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Sekarang banyak orang muda-muda jalankan perniagaan online gunakan medium instagram, facebook, jadi motivater pada orang lain untuk gunakan kemahiran yang ada untuk jana duit poket sendiri. Kalau korang ada kretiviti contoh pandai buat kek, buat kuih, jahit baju, make upkan orang, buat gubahan benda-benda macam ni mampu jadi salah satu cabang untuk mula berniaga sendiri .Cik rose belum terfikir nak buat benda ni lagi sebab kene betul-betul ready masa  dan komitmen dengan customer. Kena  timba ilmu dulu, kalau nak kerja dengan orang senang je mulakan jadi dropship adalah latihan awalan korang.

Cuba terokai hobi baru
Hobi baru..bukan baca novel ye..tonton wayang ke tu hobi zaman remaja. cuba buat hobi yang mencabar diri anda sekali- sekala. Benda yang korang nak sangat buat tapi tak dapat buat sebab kekangan duit atau masa. Bungee Jumping  adalah salah satu benda yang cik rose nak sangat buat, pengaruh cerita Running man tengok team diorang kene hukum sangat seronok.  Sebab apa waktu inilah yang ada untuk gegirl buat sebelum jadi ibu atau isteri orang.. waktu muda datang sekali manfaatkan nya untuk diri sendiri.
  
Jaga Kesihatan diri
Kesihatan diri merangkumi semua iaitu bermula dengan berat badan. Isu berat badan salah satu benda yang cik rose alami daripada dulu lagi, dulu tak pikir apa kesan pada diri sendiri tapi sekarang dah ada mula kesedaran sayangkan diri dulu sebelum orang lain.  (No Gain No Pain ) value rewards for the price of hard and even painful work. Kalau tak ada pengorbanan mana nak datang hasilkan. 

Cara:
a- Jaga pemakanan, biasakan senaman, kalau malas buat aktiviti yang berpeluh, confident dengan apa yang anda lalukan, dapatkan nasihat dan pertolongan orang yang berpegalaman, cari idola anda, jangan cepat mengalah.. (jatuh bagun cuba balik..niat dalam hati aku buat utuk diri aku)

b- Amalakan diet yang sesuai dengan diri, cik rose permah amalkan Diet Atkins, without sugar and carbo hilang 20kg dalam masa 3 bulan. but now kelaut. tapi insyallah cik rose go on balik ye.. nanti cik rose cite bab ni pulak...

c- Dapatkan sokongan sebab apa berdasarkan pengalaman cik rose, orang keliling kita mempengaruhi apa yang kita buat dan makan..jadi cuba ajak adik beradik buat senaman dan diet sama2 mesti ada rasa nak bersaing dengan mereka.

Mula merancang membeli aset tetap
Aset tetap iaitu rumah.. memang nampak mustahil tapi percaya atau tidak kenapa perlu bazir buat loan untuk aset bukan tetap kenapa tidak untuk rumah. Rumah salah satu aset yang menjadi asas keperluan dan nilainya tidak pernah merosot. Jika pendapatan anda kurang daripada 2k kebawah anda perlu usahakan untuk mancari wang tambahan untuk menjadi sokongan kemampuan anda membeli. 

Jika anda mempunyai pinjaman lain pastikan ia sudah diselesaikan dahulu bagi menunjukkan anda tidak terbeban dengan komitment lain dan ketika ini usaha anda melabur menjadi sokongan pada bank.  Cuba usah-usah rumah lelong bank yang pasti nilainya lebih murah, jika mempunyai tanah sendiri ia menjadi satu bonus kerana anda hanya perlu mengumpulkan modal loan buat rumah sahaja. Tidak perlu megah dan mewah hanya sekadar sebuah rumah yang selesa dan ia adalah milik anda untuk berteduhkan..




                              

Bunga PETUNIA..bunga hiasan gantung

 Bunga petunia adalah bunga hiasan gantung berjurai, asal daripada Amerika Selatan yang mempunyai pelbagai jenis variasi dan pelbagai warna....