Tuesday, 23 October 2018

Resepi Nasi Ayam Goreng

Hujung minggu biasanya semua ahli family ada dirumahkan jadi selalunya  cik rose akan masak menu yg special sikit tapi dalam masa yang sama cik rose akan pastikan semua segera , siap cepat serta sedap...
Okey jom tengok resepi yang mudah ni




NASI AYAM GORENG  (makan 6-8 orang)

  • 2 cawan beras -utk 2 pot (basuh bersih/ tos kering)
  • Seekor Ayam- ( potong 15 bhgian)
  • Air rebusan ayam 6 cawan - (didihkan 10 minit masukkan ayam 5 ketul)
Bahan untuk nasi ayam:
  • Bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji, halia 1.5, daun pandan 2 helai -(blender kasar)
  • Planta 4 sudu besar
  • 1 cuib ayam nor
  • Serai 3 batang -(titikkan)
  • Air rebusan 3 cawan bersama seketul ayam rebus yg dipotong kecil
  • Pewarna kuning 2 titik
  • Garam serta ajinamoto
Cara: 
-Cairkan planta dengan api sederhana,terus masukkan serai yang dititik serta daun pandan, 
-Masukkan bahan yang diblender, masak hingga sedikit perang, masukkan cuib ayam, garam dan ajinamoto,masukkan air rebusan serta ayam rebus ,pewarna kuning kacau sebentar dan tutup api.
-Masukkan beras dalam rice cooker,serta kuah tadi, kemudian masakkan.
-Selepas 35 minit, kacau pelahan, sekiranya nasi masih nampak mentah, masukkn air panas setegah cawan dan kacau lembut, kemudian masakkan sehingga kering.

Bahan Untuk Sup:

  • Bawang merah 2 biji, bawang putih 4 biji, halia 1 inci- (potong halus)
  • Daun bawang dan daun sup -(basuh bersih dan potong)
  • Daun bawang goreng 2 sudu besar/batang saderi
  • Garam dan sedikit kuib ayam 
  • Air Rebusan ayam 
Cara:
-Panaskan minyak, masukkan bahan yang dipotong, masak hingga garing dan masukkan garam,serta kuib
-Masukkan  air rebusan kacau sebentar, kemudian masukkan daun bawang serta bawang goreng.

Bahan untuk Sos cili:

  • 6 biji cili masak merah
  • 6 sudu sos cili life
  • 3 sudu besar gula
  • 2 biji cili api
  • 2 sudu sos temato
  • 4 sudu gula perang
  • sedikit garam
  • 2 sudu kecil tepung jagung (bancuh air 6 susu besar)
  • 1 cawan air
Cara:
-Blender semua bahan diatas termasuk air, kecuali tepung jagung.
-Masakkan atas api yang sederhana tanpa minyak ye, masak dalam 15-20 minute dan rasa kemudian tambah gula atau sos sekiranya mahukan rasanya lebih manis atau pedas, kuah akan nampak berkilat serta tidak mempunyai buih yang banyak, itu adalah tanda sosnya sudah masak, kemudian masukkan tepung jagung kacau sebentar. Sos ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sehingga 3 minggu.


Bahan sayur:
  • Salat, mak tam, timun, serta temato


Bahan ayam goreng:

  • Tepung Bestari jenis pedas, 3 sudu
  • Tepung bestari untuk sadur 1 mangkuk kecil
  • 1 biji telur
  • sedikit air
  • Tepung gandum 1 sudu
Rempah perap ayam:
  • 1 sudu kecil rempah kari
  • 3 biji bawang putih- blender
  • garam, serbuk sedikit lada putih 
cara:
-Masukkan rempah ayam termasukklah ayam baki yang direbus serta lebihan ayam tadi, perap selama 10 minit, kemudian masukkan tepung bestari 3 sudu, sebiji telur, air sedikit serta tepung gandum gaul rata. 
-Kemudian, Ambil ayam dan sadur pada tepung bestari dalam mangkuk kecil tadi tekan dengan cermat kemudian, panaskan minyak dengan api sederhana, setelah kuali panas kemudian goreng dengan api kecil dalam 10 minit hingga masak

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment

Bunga PETUNIA..bunga hiasan gantung

 Bunga petunia adalah bunga hiasan gantung berjurai, asal daripada Amerika Selatan yang mempunyai pelbagai jenis variasi dan pelbagai warna....